record of my life.....
Pages
Kerenah Anak Aku
Ni dia nak habaq maiiii | Anak aku punya kerenah | Masa tengah makan, mengemas sampaila tido | Makin aktif sekarang | Tapi tu la moment-moment yang berhargakan? | Syukur dapat tengok anak aku sihat membesar :)
Sesi mengemas bermula :)
Tengok la | Rajin sangat mengemas :)
Rehat kejap:)
Masa makan bermula
Sampai kena buat macam ni masa makan | Kalau tak mesti nak mengemas rumah :)
Akhirnya Aleesya tewas juga :)
Dan masa untuk tido | Nyenyak Aleesya tido | Seronok tengok muka Aleesya masa ni :)
My Office Tale
Assalamualaikum,
Bertemu kita sekali lagi | Sebelum tu nak kabor, kalau blogger tegar ni, dah tentu blognya tak akan sunyikan? | Rasa macam sukar bagi aku kalau nak updates selalu | Tapi at least aku akan cuba memberi sedikit nafas dalam blog aku ni walaupun sedikit | Aku bukan tegar dalam berblog ni | Sekadar berkongsi sikit-sikit boleh la | Di bawah ni adalah gambar tempat aku bekerja | Di mana aku kerja? | Hehehe | Ada la.... :)
Tu dia | my lovely serabut working place | 5S anybody ?
Roti Canai | Roti Bakar | Transfer Road
Buat pengetahuan anda semua | Aku dan famili memang gemar jalan-jalan cari makan | Kadang-kadang tempat yang sama kami pergi banyak kali | Salah satu hot spot sarapan "faveret" adalah di Gerai Roti Canai, Transfer Road | Tempat ni memang terkenal di Penang | Tempat ni terletak di tengah-tengah bandar Georgetown | Kalau 1st time datang dan tak tahu nak cari tempat ni, rajin-rajin la bertanya orang ramai di sekitar Georgetown | Kalau anda ronda-ronda sebelah pagi, memang ramai customer | Terutamanya di kalangan penjawat awam | Jenuh berebut tempat duduk sebab nak makan | Anyway, memang terbaik la roti canai dan roti bakar di sini :)
Roti Bakar + Telur Setengah Masak | Sempoi baq hanggg :)
Roti Canai + Banjir + Daging Masak Merah | Terbaikkk !!! | Kalau rasa daging ni besar sangat, boleh minta mamak kasi cincang :)
Way To Remember
Dalam arus pembangunan yang pesat ni | Di Penang masih mengekalkan ciri-ciri asal bangunan lama walaupun ada yang telah dibaik pulih | Yelah, kalau bangunan dah uzur sangat kenalah diberi touch sikit tapi masih mengekalkan nilai-nilai estetika asalnya | Yakni, yang lama jangan dilupakan | Dari situlah akan wujudnya yang baru mengikut arus peredaran zaman | Mungkin sebab inilah Penang adalah salah sebuah negeri yang unik dari segala sudut.

Bagi aku, gambar ni ada penceritaannya yang tersendiri | Baik dari segi bangunan atau pandangan kita masing-masing | Mungkin pendapat aku mengatakan apa yang tersirat di sebalik gambar ini ialah dalam perjalanan mengejar kemajuan dan pembaharuan | Tak kiralah untuk pembangunan mahupun nilai-nilai dalam diri | Sejarah atau segala perkara dulu jangan kita mudah lupakan atau abaikan | Kerana dari sebab itulah kita dapat kecapi dan perbaiki apa yang kita dapat hari ini | Mungkin banyak lagi yang tersirat yang menunggu untuk diterokai... :)
Cameron Highland Trip
Aku update lagi | Gambar-gambar ni semua masa aku dan anak bini aku bercuti di Cameron Highland | Aku dan family stay di Planters Hotel, Tanah Rata | Dalam awal bulan Mac 2011 hari tu trip ni | Bertolak hari Khamis, sampai je hujan "renyai-renyai bahasa giteeew" | Kita orang stay 3 hari 2 malam | Hotel ni baru open sebenarnya | Jadi ada la servis yang tak berapa nak ada | But overall oke la | Maybe sekarang servis dah diberi penambahbaikan :)

Hotel Planters | Agak oke juga sekitar hotel ni | Senang nak cari makan | Banyak kedai makan & runcit :)
Pandangan sisi hotel | Aku suka dengan design perkataan tu :)
Beranda hotel | My favourite lepak spot :)
Pemandangan dari beranda | Bangunan depan tu ada motel | Jadi pada korang yang nak stay sini, banyak pilihan dan jenis hotel/motel | Tepuk dada tanya selera :)
Mandi Sana Sini
Subscribe to:
Posts (Atom)



























