Dalam arus pembangunan yang pesat ni | Di Penang masih mengekalkan ciri-ciri asal bangunan lama walaupun ada yang telah dibaik pulih | Yelah, kalau bangunan dah uzur sangat kenalah diberi touch sikit tapi masih mengekalkan nilai-nilai estetika asalnya | Yakni, yang lama jangan dilupakan | Dari situlah akan wujudnya yang baru mengikut arus peredaran zaman | Mungkin sebab inilah Penang adalah salah sebuah negeri yang unik dari segala sudut.

Bagi aku, gambar ni ada penceritaannya yang tersendiri | Baik dari segi bangunan atau pandangan kita masing-masing | Mungkin pendapat aku mengatakan apa yang tersirat di sebalik gambar ini ialah dalam perjalanan mengejar kemajuan dan pembaharuan | Tak kiralah untuk pembangunan mahupun nilai-nilai dalam diri | Sejarah atau segala perkara dulu jangan kita mudah lupakan atau abaikan | Kerana dari sebab itulah kita dapat kecapi dan perbaiki apa yang kita dapat hari ini | Mungkin banyak lagi yang tersirat yang menunggu untuk diterokai... :)
0 comments:
Post a Comment